......Sekilas Pandang......

TUGAS JAWATANKUASA

Saturday, February 6, 2010

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ICT

A. Pengerusi Jawatankuasa ICT – Pengetua/ Guru Besar
1. Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program
di sekolah.
2. Mengemukakan keperlua sekolah kepada JPN/ KPM.
3. Mempengerusikan segala mesyuarat jawatankuasa ICT sekolah.
4. Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah.
5. Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT
Dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.
6. Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan Penyelaras ICT
untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan lancar.

B. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ICT – Penolong Kanan Pentadbiran/
Penolong Kanan HEM
1. Membantu Pengerusi ICT dalam menjalankan tugas.

C. Penyelaras IT/ ICT

1. Pengurus IT
• Memastikan kemudahan Infrastruktur Teknologi yang diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti yang terdapat dalam spesifikasi.
• Menyedia inventori bagi kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan.
• Mengurus dan menyenggara kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan.
• Mengurus akaun pengguna dan e-mail.
• Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
• Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan Infrastruktur Teknologi ditempatkan.
• Menyediakan garis panduan/ peraturan/ tatacara penggunaan kemudahan Infrastruktur Teknologi.
• Menyediakan keperluan Infrastruktur Teknologi untuk kegunaan guru-guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya.
• Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, Sistem Pengoperasian Rangkaian atau perisian-perisian seperti SSMS dan TLM dan menyelesaikan masalah tersebut.
• Merancang pembelian bahan habis guna (consumables).


2. Pakar Rujuk IT
• Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) IT sekolah.
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran IT dengan cara belajar sendiri atau melalui kursus/ seminar/ bengkel dan sentiasa mengikut perkembangan IT semasa.
• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan system aplikasi SSMS dan TLM.
• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menilai TLM.
• Memberi latihan secara inhouse kepada masyarakat sekolah.
• Meningkatkan budaya IT di sekolah.

3. Keselamatan
• Mencadangkan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
• Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
• Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi denga baik
• Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenalpasti.
• Memastikan computer bebas dari virus.
• Membuat backup dan replikasi.

4. Webmaster
• Membina laman web sekolah
• Memastikan kandungannya betul dan terkini.

5. Laporan
• Menyediakan laporan aktiviti ICT setengah tahun dan akhir tahun.
• Mendokumentasikan perancangan/ laporan/ surat/ dokumen yang berkaitan.

D. Setiausaha
1. Menaip dan mengedarkan jemputan mesyuarat ICT sekolah.
2. Mencatat minit mesyuarat ICT sekolah.
3. Menaip dan mengedarkan minit mesyuarat ICT sekolah.
4. Mengurus fail mesyuarat ICT sekolah.

E. Bendahari
1. Membantu Penyelaras ICT menguruskan kewangan ICT sekolah.
2. Menyimpan rekod kewangan ICT sekolah dengan kemas dan selamat.
3. Membuat laporan kewangan ICT setiap kali mesyuarat awal tahun atau jika
diperlukan oleh pihak pentadbir sekolah.

F. Juru Audit




G. Penyelaras Makmal Komputer.
1. Memastikan keselamatan, kebersihan & keceriaan.
2. Menyediakan jadual penggunaan makmal
3. Merangka Peraturan Makmal
4. Menyediakan Kad Harta Modal & Inventori
(Kew 312, Kew 313, Kew 314 dan Kew 315)
5. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan
6. Menyemak buku stok dan inventori peralatan
7. Menyedia buku perancangan aktiviti & pengurusan makmal.
8. Merancang susun atur makmal dan info-info di dalam makmal.
9. Menyedia buku log penggunaan , buku laporan kerosakan, buku lawatan
dan buku panduan penggunaan peralatan ICT serta analisis penggunaan.
10. Membuka dan menutup pintu makmal komputer pada waktu yang
ditetapkan ataupun dalam keadaan yang tertentu.
11. Memastikan komputer pelayan(server) dan memastikan semua komputer
ditutup pada waktu yang ditetapkan.

H. Juruteknik Makmal Komputer
1. Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal dalam waktu pejabat.
2. Menyimpan fail surat-menyurat dan pekeliling.
3. Menyimpan inventori stok dan dokumentasi peralatan makmal komputer
(Kew 312, Kew 313, Kew 314 dan Kew 315)
4. Membantu Penyelaras IT/ Pengurus Makmal menguruskan pergerakan peralatan makmal komputer.
5. Memantau aktiviti pelajar semasa ketiadaan guru.
6. Membuka dan menutup pintu makmal komputer pada waktu yang ditetapkan ataupun dalam keadaan yang tertentu.
7. Menghidupka komputer pelayan(server) dan menutup semua komputer pada waktu yang ditetapkan.
8. Menghidupkan/ mematikan suis utama letrik pada waktu yang ditetapkan.
9. Menyemak dan memastikan buku log penggunaan komputer dilengkapkan oleh pengguna setiap hari.
10. Memastikan tiada peralatan makmal dibawa keluar tanpa kebenaran Guru Besar/ Penyelaras IT.
11. Melaporkan sebarang kerosakan kepada Penyelaras IT/ Pengurus Makmal.
12. Membantu Penyelaras IT/ Pengurus Makmal menyelenggara perkakasan komputer.
13. Menguatkuasakan peraturan makmal yang disediakan oleh Penyelaras IT/ Penyelaras Makmal.
14. Melaksanakan arahan-arahan lain yang diberi oleh Guru Besar / Penyelaras IT dari semasa ke semasa.

I. Jawatankuasa Perkembangan Staf
1. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.
2. Mengikut perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat
tersebut.
3. Menguruskan pengkalan data sumber manusia dalam ICT.
4. Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT
akan mengurus dan mengendalikan kursus dalaman di sekolah.
5. Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti.

J. Jawatankuasa Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Menggerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.
2. Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh
guru.
3. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran.
4. Menambah koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
5. Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.
6. Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara
MS PowerPoint.
7. Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
8. Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan.

K. Jawatankuasa Pengurusan Dan Penyenggaraan
Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga Jawatankuasa Kecil, iaitu :

1. Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi
1.1 Menguruskan stok, iventori dan harta modal.
1.2 Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeling, manual dan
lesen perisian
1.3 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan
bahan sumber seperti perisian kursus.
1.4 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan
bahan sumber seperti perisisan kursus.
1.5 Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer.
1.6 Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan.

2. Jawatankuasa Keceriaan
2.1 Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal
2.2 Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal
2.3 Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk
meningkatkan keceriaan makmal komputer.
2.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.




3. Jawatankuasa Penyenggaraan dan Keselamatan
3.1 Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan
perisisan serta mempamerkannya di tempat yang strategik.
3.2 Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal emahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal.
3.3 Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan memantau pelaksanaannya. ( Contohnya penyenggaraan : Servis penghawa dingin, mengemaskini cakera keras, mencuci pemacu dan mengimbas cakera keras)
3.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

L. Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Program ICT
1. Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-
program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti
PIBG dan agensi luar.
2. Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan
program ICT sekolah.
3. Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa.
4. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

0 comments: