......Sekilas Pandang......

PERANCANGAN ICT

Saturday, February 6, 2010

PERANCANGAN ICT 2010

ITEM 1 : Program Pembelajaran Interaktif Melalui Internet Zoom-a
Membawa pembaharuan dalam meningkatkan ilmu dan kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melalui pembelajaran menggunakan kemudahan internet.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahap 2

STRATEGI PELAKSANAAN
1) Belajar di bilik khas di Makmal Komputer yang selesa berhawa dingin.
2) Peralatan sistem yang lengkap dan berkeadaan baik.
3) Mempastikan sistem rangkaian (networking) dan talian internet berfungsi dengan baik.
4) Mengatasi masalah kerosakan peralatan dengan segera.
5) Memberi pendedahan kepada guru mata pelajaran tentang penggunaan program Zoom-a.

PELAKSANA
Guru-guru mata pelajaran.

TEMPOH PELAKSANAAN
Bermula bulan Februari hingga Oktober.

ITEM 2: Kelas Komputer

• Mewujudkan murid-murid yang mahir menggunakan komputer khususnya dalam pengendalian perisian Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint dan Internet.
• Memberi kesedaran tentang kepentingan ICT dalam kehidupan seharian mereka.


KUMPULAN SASARAN
Murid-murid yang dipilih dari tahap 2 seramai 40 orang.

STRATEGI PELAKSANAAN
1) Peralatan komputer yang mencukupi dan berkeadaan baik.
2) Menggunakan modul khusus untuk pembelajaran kelas komuter.
3) Dua orang murid untuk setiap buah komputer.
4) Tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang berkaitan.
5) Mengadakan bengkel penyediaan modul baru setiap satu atau dua tahun.
6) Memberi sijil kepada murid-murid yang mempunyai kehadiran penuh.

PELAKSANA
Guru-guru AJK Kelas Komputer

TEMPOH PELAKSANAAN
Pada bulan Mac, Jun dan September

ITEM 3: Program Information Technology and Communication Literacy (ICTL)
Membolehkan murid-murid tahap 1 menggunakan aplikasi asas komputer dan peralatannya.
• Membolehkan murid-murid tahap 2 menggunakan aplikasi asas komputer, internet dan membina laman web.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun 1, 2, 3 dan 4

STRATEGI PELAKSANAAN
1) Menghantar guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris kursus ICTL yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran.
2) Program ICTL dijalankan dalam bilik Makmal Komputer.
3) Menyediakan jadual penggunaan makmal ICT untuk pengajaran dan pembelajaran ICTL.
4) Memperuntukkan satu komputer kepada dua orang murid.

PELAKSANA
Guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris

TEMPOH PELAKSANAAN
Bermula Mac hingga Mei.


ITEM 4: Kelab Komputer
Memberi pendedahan kepada murid-murid kelab komputer tentang asas komputer,
perkakasan, perisian dan cara penyelenggaraan alat dan pengendaliannya.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahap 2.

STRATEGI PELAKSANAAN
1) Mengadakan pertandingan-pertandingan seperti persembahan powerpoint, menghasilkan kulit buku, grafik menarik dan buku skrap.
2) Memberi imbuhan kepada kumpulan atau individu yang berjaya dalam pertandingan.
3) Menyampaikan info ICT setiap minggu melalui ahli kelab atau paparan pada papan notis.

PELAKSANA
Guru-guru penasihat kelab komputer

TEMPOH PELAKSANAAN
Bermula bulan Jan hingga Oktober.

ITEM 5: Tadbir Urus Laman Web Sekolah
• Menyampaikan info tentang pengurusan dan aktiviti sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN
1) Menghantar AJK menyertai kursus pembinaan Laman Web yang dianjurkan oleh PKG, PPD dan JPN.
2) Mesyuarat dan berbincang membuat keputusan sebulat suara terhadap penghasilan laman web sebelum dan selepas dikemaskini.
3) Menghantar pelaksana ke kelas grafik laman web di Syarikat One Touch Education bagi menghasilkan laman web yang menarik.
4) Mendapatkan tips yang berguna tentang laman web dalam internet.

PELAKSANA
AJK Laman Web Sekolah

TEMPOH PELAKSANAAN
Bermula bulan Januari hingga November.

ITEM 6: Kursus ICT kepada Guru dan Staf Sokongan
• Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta profesionalisme keguruan.
• Meningkat mutu kerja dan pengurusan pejabat kepada staf sokongan.

KUMPULAN SASARAN
Guru-guru dan Staf Sokongan

STRATEGI PELAKSANAAN
1) Menghantar guru dan staf sokongan menyertai kursus yang berkaitan dengan ICT yang dianjurkan oleh PPD dan JPN.
2) Mengadakan kursus dalaman.
3) Mengadakan bengkel penyediaan bahan Bantu mengajar berasaskan ICT.
4) Mengadakan pertandingan menghasilkan bahan bantu mengajar di peringkat sekolah.

PELAKSANA
• Unit Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pusat Sumber Sekolah
• Penceramah jemputan pihak pentadbir sekolah

TEMPOH PELAKSANAAN
Bermula dari bulan April hingga Ogos.

0 comments: